MUIS sedia lahirkan generasi ulama mujtahid

KAHERAH, 30 Syawal 1438H, Isnin – Majlis Ulama Isma Mesir (MUIS) telah menganjurkan Madrasah Takwin Ulama selama 3 hari bermula daripada 20 sehingga 22 Julai bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah.

Program ini merupakan salah satu inisiatif MUIS dalam melahirkan para pelapis ulama’ yang benar dalam kefahaman agama mereka serta mampu menggantikan delegasi ulama’ di Malaysia pada masa akan datang.

Menurut laporan ismamesir.net, antara objektif utama penganjuran program ini ialah memberi kesedaran akan amanah yang dipikul oleh mahasiswa sebagai penuntut ilmu Syariah Islamiah.

Pengerusi MUIS, Ustaz Muhammad Qutaibah Bin Ismail dalam ucapan beliau berpesan, penuntut ilmu agama bertanggungjawab kepada masyarakat untuk memberi kefahaman tentang Islam yang benar.

“Maka perbanyakkan bahan bacaan dan perbincangan bagi meningkatkan pengetahuan kita” pesannya kepada para peserta.

Program ini dimeriahkan lagi dengan jemputan khas Dr. Mahmud Abdurrahman sebagai Ketua Jabatan Usul Feqh Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar dan Dr. Hasan Yunus PHD Tafsir dan Ulum Quran Kuliah Dakwah Islamiah.

Turut dijemput Ustaz Syamil Esa, Ustaz Umar Farouq Morhalim, Ustaz Muhammad Qutaibah Ismail dan Ustazah Maryam Mohd Din sebagai penceramah sepanjang program ini dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1774 access attempts in the last 7 days.