Isu Umat Islam semakin dilupakan akibat perbalahan sesama kita

Isu besar semasa umat Islam pada hari ini terutamanya isu Palestin dan al-Quds sedang diancam dan semakin dilupakan kerana kita hari ini disibukkan dengan perbalahan sesama kita.

“Kita sepatutnya memindahkan tumpuan kita daripada segala perselisihan sesama umat Islam kepada agenda bersatu menentang musuh Islam khususnya Israel.”

Ismail Haniya, Ketua Biro Politik HAMAS bercakap dalam perasmian “Perhimpunan Media Televisyen dan Radio Islam” baru-baru ini di Tehran.

Tambah beliau lagi umat Islam pada hari ini perlu sedar bahawa terdapat sebehagian media-media luar yang sememangnya meletakkan agenda mereka ialah menghasilkan perpecahan serta perbalahan sesama umat yang mereka ini pada hakikatnya berkhidmat untuk Amerika dan Israel.

“Maka disinilah media-media umat Islam perlu berperanan iaitu menumpukan ke arah penyatuan sesama umat serta kearah membina jati diri jiwa umat Islam itu sendiri.”

Perhimpunan tersebut diadakan di Mashhad, Iran dan dihadiri lebih 600 orang tetamu mewakili lebih 200 siaran radio dan televisyen Islam dari pelbagai pelusuk dunia Islam.

 

sumber disini

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 2377 access attempts in the last 7 days.