Bolehkah orang kafir berpolitik di dalam masjid?

Jawapan ini adalah petikan dari buku Fiqh Sirah tulisan Syeikh Ramadhan al-Buti rh (ms 316) :-

[Tajuk] DIBENARKAN MEMBAWA MASUK ORANG KAFIR KE DALAM MASJID SEKIRANYA DIHARAPKAN HIDAYAH DAN KEISLAMANNYA

(ptj- diharapkan keislaman : dia hampir dengan islam dan tidak menunjukkan kedegilan terhadap islam)

Kamu telah lihat bagaimana Nabi saw menyambut delegasi Thaqif di Masjid baginda untuk berbicara dan mengajar mereka, lalu jika ia dibolehkan bagi seorang musyrik, maka adalah lebih dibolehkan bagi ahli kitab. Nabi saw sendiri pernah menerima delegasi kristian Najran, ketikamana mereka datang untuk mendengar tentang kebenaran serta mempelajari tentang Islam.

Az-Zarkasyi berkata :- Ketahuilah bahawa ar-Rafie dan an-Nawawi (moga Allah rahmati mereka berdua) menjelaskan bahawa diharuskan bagi kafir untuk memasuki masjid selain Masjidil Haram dengan (a) izin Muslim, dengan beberapa syarat :-

1. Beliau mestilah tidak disyaratkan dengan larangan memasuki masjid dalam akad zimmah (kontrak kewarganegaraan non muslim). Jika dia telah disyaratkan dengan perkara itu (dalam kontraknya) maka dia tidak dibenarkan untuk memasukinya.

2. Hendaklah Muslim yang mengizinkannya masuk itu seorang mukallaf yang lengkap ciri-cirinya (berakal, baligh).

3. Hendaklah masuknya kafir itu dengan tujuan untuk mendengarkan bacaan al-Quran atau pengajian ilmu, dan diharapkan keislamannya (sudah dekat atau mempunyai minat terhadap islam), atau untuk membaiki bangunan masjid atau perkara seumpanya.

Dan mengikut al-Qadhi Abu Ali al-Fariqi, sekiranya dia masuk untuk mendengar al-Quran atau mendengar pengajian sedangkan dia tidak diharapkan keislamannya (memang tidak punya minat untuk masuk islam, atau jelas kedegilannya) maka sesungguhnya dia dilarang (dari memasuki masjid) dan kita tidak boleh memberikan keizinan padanya untuk masuk, contoh apabila situasi dirasakan seolah satu penghinaan, atau [GARIS MERAH] seolah SATU BENTUK PERMAINAN POLITIK untuk MENGGARAP MATLAMAT TERTENTU, sepertimana hal yang biasa dilakukan oleh orang luar zaman sekarang.

********* tamat terjemahan **********

PARA ULAMA’ NYATAKAN DENGAN JELAS ADALAH DILARANG UNTUK ORANG KAFIR MASUK KE DALAM MASJID JIKA MASUKNYA ITU DENGAN TUJUAN MENDAPATKAN MILEAGE POLITIK.

Dengan itu adalah dilarang bagi ahli politik DAP (Hannah Yeoh, Sivarasa, Tony Pua, LGE, dll) untuk memasuki masjid dan adalah DILARANG BAGI KAUM MUSLIMIN MEMBERIKAN KEIZINAN untuk mereka masuk masjid. Perhatian kepada semua khusus ahli Amanah dan PKR, dilarang membawa mereka masuk dalam keadaan kamu tahu orang itu masuk untuk tujuan politik!

Saya kira begitu juga halnya dengan orang kafir menghadiri majlis berbuka puasa kaum muslimin. Jika kehadirannya sebagai helah untuk meraih pengaruh politik, maka ia adalah dilarang. Lagi-lagi ia sudah jelas kedegilannya atau permusuhannya terhadap kedudukan islam.

Saya tidak qiaskan hukum orang kafir menyertai majlis buka puasa dengan hukum orang kafir memasuki masjid. Saya cuma mengambil hukum umum larangan bersedudukan dengan orang kafir yang mahu membawa fitnah (kerosakan) pada agama kaum muslimin dan kedudukan mereka.

Wallahua’lam.

Ust Zaid Zainur Rashid

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 715 access attempts in the last 7 days.