al-Raisuni: Umat Islam perlu bersatu menolak kezaliman yang dikenakan ke atas Qatar

7 JUN- Ulama Islam, ahli akademik serta seluruh umat Islam diseru untuk menolak secara besar-besaran tindakan memutus hubungan yang dikenakan ke atas Qatar serta mengistiharkan keharamannya kerana ia tindakan yang tidak berasas dan jelas memberi mudarat.

“Tindakan ini jelas bertentangan dengan Syarak kerana ianya memberi mudarat serta kefasadan kepada ratusan ribu umat Islam itu sendiri bahkan ianya membawa kepada perpecahan umat yang jelas ditegah oleh Syarak ”

Syiekh Dr Ahmad Raisuni, ulama besar Maqasid daripada negara Maghribi (Morocco) yang juga ahli Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia mengeluarkan kenyataannya semalam.

Tambah beliau kalaulah ianya tuduhan bahawa Qatar mempunyai hubungan rapat dengan Iran maka kita semua tahu dalam syarak menentapkan setiap tuduhan perlu dibuktikan, bukan dengan tuduhan semata-mata dan kalaulah mereka berasa cukup sekadar dengan tuduhan itu sekali pun tidak sepatutnya  umat Islam yang tidak bersalah dihukum secara menyeluruh.

“Sikap zalim seperti ini tidak dapat diterima oleh mana-mana bangsa manusia serta logik akal apatah lagi oleh tamadun Islam yang berpegang teguh kepada keadilan serta menghormati manusia lain” tegas beliau.

Katanya lagi berkenaan tuduhan ke atas media Al-Jazeera sebagai mempromosi keganasan dan negara Iran bahawa semua umat Islam sendiri menjadi saksi bagaimana media tersebutlah yang mempertahankan darah, harta serta nasib ahli sunnah di Iraq, Syria, Lubnan serta menceritakan dengan benar akan nasib dunia Islam pada hari ini dan bukanlah mengangkat Iran seperti yang dituduh.

Sejak kelmarin, sembilan buah negara antaranya Arab Saudi, Emiriah Arab Beratu (UAE), Yaman, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar dengan menuduh Doha terbabit melindungi pengganas, campur tangan dalam hal ehwal negara mereka dan menjejaskan keselamatan rantau Teluk.

 

sumber: klik disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 405 access attempts in the last 7 days.