Resolusi Muzakarah Ulama: Fiqh Penyatuan Ummah

Majlis Ulama ISMA (MUIS) telah mengadakan Muzakarah Ulama: Fiqh Penyatuan Ummah bertarikh 29 April 2017 bertempat di Hotel Bangi -Putrajaya. Berikut adalah resolusi hasil daripada perbincangan Muzakarah tersebut:

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه وبعد

 

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ

Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah (Al-Maidah: 2)

1. Muzakarah bersetuju bahawa kesatuan asas-asas tauhid adalah wajib dan penting dalam membentuk kekuatan umat Islam;

2. Segala usaha ke arah pembentukan kesatuan umat perlulah disokong dan diberi fokus utama berbanding masalah cabang yang menimbulkan kontroversi dan perbalahan yang tidak menguntungkan umat Islam serta menyuburkan sikap ta’asub kepada kumpulan masing-masing;

3. Muzakarah menegaskan bahawa para ulama mestilah menangani agenda musuh islam yang sentiasa berusaha memecahbelahkan umat Islam. Memahami agenda tersebut, umat Islam akan lebih realistik dalam membentuk kesatuan umat serantau;

4. Pembentukan blok kesepakatan antara umat Islam melalui kerjasama yang rapat antara badan – badan atau institusi-institusi adalah langkah strategik bagi mencapai cita-cita penyatuan dan kedaulatan umat Islam di rantau ini;

5. Institusi ulama perlu diperkasakan sebagai rujukan utama syariat dan permasalahan umat berpaksikan Kulliyyat Syariah;

6. Para ulama perlu mengambil kira latar belakang setempat dalam memberi panduan Syarak kepada masyarakat khususnya di negara-negara minoriti umat Islam;

7. Ulama perlu menghayati kefahaman terhadap adab al-khilaf untuk merapatkan saf kesatuaan umat serantau;

8. Ulama dan media perlu lebih proaktif dalam isu-isu kesatuan umat dengan menyebarluaskan cerita dan projek-projek kesatuan yang berjaya di dalam masyarakat;

9. Ulama mestilah berperanan mempengaruhi pemerintah dalam membuat polisi yang memberi keuntungan kepada kesatuan umat; dan

10. Siri perbincangan susulan mengenai kesatuan umat perlu dianjurkan secara berkala.

 

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103)

Resolusi ini telah dipersetujui oleh:

 

  1. Prof Madya Dr Aznan Hassan (Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)
  2. Prof Dr H Ramli Abdul Wahid (Ketua Dewan Ulama Majlis Ulama Indonesi (MUI) Sumatera Utara)
  3. Dr Armad al-Fariti (Ketua Jabatan Syariah Universiti Islam Yala)
  4. Ustazah Kalthom Bte Mohammad Isa (Lembaga Akademik Persatuan Ulama dan Guru-Guru Islam Singapura, PERGAS)
  5. Ust Hazizi Abd Rahman (Ahli Majlis Ulama ISMA, MUIS)
  6. Dato Ahmad bin Jusoh  (Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perlis)
  7. Dr Fauzi (IKSIM)
  8. Professor Dato’ Dr Ir Badhrulhisham Abdul Aziz (CEO Interdisciplinary Research and International Strategy – IRIS Institute)
  9. Prof Madya Dr Azmil bin Hashim (Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UPSI)
  10. Prof Madya Dr Mohd Fauzi Mohd Amin (Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM)
  11. Dr. Mohd Afandi Mat Rani  (Timbalan Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM)
  12. Dr Isa Hamzah  (Pengarah Muzakarah Ulama)
  13. Ust Ahmad Zainal Abidin (Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS)
  14. Dr Mohd Soberi bin Awang (Pensyarah Fakulti Syariah dan Perundangan USIM)
  15. Dr Zainuddin bin Ismail (Penyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
  16. Ust Muhammad Fauzi Asmuni (Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
  17. Ust Rushdan Abd Halim (Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
  18. Ust Agus Lokman (Ahli Majlis Ulama ISMA, MUIS)
  19. Dr Razali Musa (Pensyarah di fakulti kontemporari islam Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA)
  20. Dr. Nur Mohammad Hadi Bin Zahalan (Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang Undang USIM)
  21. Ustazah Wan Zaimah Wan Ibrahim  (AJK Biro Tarbiyyah Pusat ISMA)
  22. Ustazah Hayati Zari  (Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
  23. Ustazah Jamiah Wahab  (Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 405 access attempts in the last 7 days.