Menentukan telah suci daripada haidh

Soalan : Bagaimana untuk menentukan seorang wanita itu telah suci dan boleh memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan?

Jawapan:

Seorang wanita wajib menunaikan ibadah puasa Ramadhan, solat dan lain-lainnya apabila ia telah suci daripada haidh.

Cara untuk menentukan bila boleh melakukan mandi wajib adalah dengan melihat tanda telah suci iaitu فصة بيضاء atau keluarnya cairan putih dari faraj.

Di dalam hadis ada  menyebut bahawa para wanita pada zaman dahulu telah membawakan  kepada Ummul Mukminin Aisyah  R.A secarik kain yang bercalit cairan yang keluar dari faraj. Aisyah R.A berkata:

لا تعجلن  حتى ترين القصة البيضاء

Janganlah kalian tergesa-gesa mandi wajib sampai kalian melihat  cairan putih” (diriwayatkan oleh Imam Nawawi)

Al-Zai’ali menyebut berkenaan maksud cairan putih ini dengan menyebut:

 القصة شيء يشبه الخيط الأبيض يخرج من قُبُلِ النساء في آخر أيامهن، ‏يكون علامة على طهرهن

Cairan ini seolah-olah suatu garisan putih yang keluar daripada kemaluan wanita saat telah berakhirnya tempoh hidhnya, ianya membawa maksud wanita tersebut telah suci (daripada haidh)

Sekiranya sudah ada tanda suci itu, maka perlulah melakukan mandi wajib bagi membolehkan ia melakukan ibadah-ibadah yang dituntut.

Sebahagian ulama’ ada yang menetapkan masa untuk menentukan sudah betul-betul bersih, supaya wanita betul-betul yakin bahawa dirinya sudah suci adalah dengan menunggu selama 1 hari. Setelah menunggu selama 1 hari dan wanita tidak mendapati sebarang keluaran cairan berwarna keruh atau darah, maka bolehlah wanita itu segera melakukan mandi wajib.

Wallahua’lam

Ustazah Hasanah binti Khairuddin

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 3249 access attempts in the last 7 days.