Penyatuan Ummah adalah tanggungjawab besar ulama pada hari ini

TURKI, 4 Mac- Penyatuan ummah hanya boleh berlaku apabila ulama mula menjalankan peranannya dengan meletakkan usaha dan kesungguhan untuk menyatukan umat Islam yang hidup dengan pelbagai aliran ini.

“Jika kita melihat sejarah, keruntuhan empayar Islam bermula apabila ulama mula mengabaikan serta tidak mengambil cakna tentang situasi yang berlaku pada umat tersebut, hidup dalam dunia tersendiri hinggalah mereka menjadi suatu kelompok yang asing daripada masyarakat”

Syiekh Dr Ali Qarahdaghi, Setiausaha Pertubuhan Ulama Muslimin berkata demikian dalam satu majlis pertemuan ulama Islam di Istanbul, Turki baru-baru ini.

Tambah beliau lagi ketika mana ulama kembali hidup bersama masyarakat, mengambil tahu urusan mereka maka ketika itulah kebangkitan Islam akan kembali.

“Perkara inilah yang terjadi di zaman Abu Hanifah, Syafie, Malik, Nawawi, Izzudin Abd Salam dan banyak lagi”

Tegas beliau apa yang kita saksikan hari ini bukanlah disebabkan bilangan kita yang sedikit tetapi kita kehilangan pemimpin ummah yang akan menyatukan kembali kita diatas perselisihan dan kepelbagaian yang wujud.

“Maka disinilah menjadi tanggungjawab besar diatas bahu para ulama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *