Pembebasan Lina al-Jarbouni: Palestin tidak pernah henti mengajar erti kesetiaan dan kesungguhan

PALESTIN, 19 APRIL- Umat Islam di Palestin tidak pernah berhenti mengajar umat Islam lainnya akan erti kesungguhan serta kesetiaan dalam memperjuangkan agama Islam serta kecintaan yang sebenar terhadap tanah air mereka.

“Tidak kira samada lelaki atau wanita Palestin, mereka sentiasa mengajar kita akan maksud keiman yang benar-benar kukuh”

Syiekh Dr Yusuf al-Qardawi, Pengerusi Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia menyatakan demikian dalam ucapan tahniah beliau atas pembebasan rakyat wanita Palestin Lina Jarbouni daripada penjara Israel beberapa hari yang lepas.

Lina al-Jarbouni adalah banduan wanita yang paling lama dipenjarakan oleh Israel. Beliau telah ditangkap pada tahun 2002 atas keterlibatan dalam gerakan jihad Palestin yang membawa kepada dihukum penjara selama 15 tahun.

Baru-baru ini beliau telah dibebaskan setelah tamat tempoh hukuman tersebut. Namun walaupun setelah dibebaskan  perkara pertama yang dinyatakan oleh beliau ialah bagaimana dia berharap kebebasan itu dapat dirasai bersama oleh seluruh banduan Palestin yang sedang dizalimi di dalam penjara Israel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 715 access attempts in the last 7 days.