Adakah Dagu Sebahagian Dari Aurat?

Soalan:

Assalamualaikum ustazah, seperti topik soalan di atas, saye ingin mengetahui adakah bawah dagu termasuk aurat yang mane kebanyakkan tudung tidak menutup bahagian ini tapi ya apabila memakai telekung?

Jawapan:

  1. Erti aurat:

Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. Demikian juga imam nawawi rahimahullah mengatakan bahawa aurat itu bererti kurang, aib dan jelek.

  1. Perintah menutup aurat

 Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33;

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai “ahlul bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”

  1. Aurat wanita

Aurat wanita yang disepakati oleh ulama syafiiyah adalah seluruh badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan

Imam syafie rahimahullah menyatakan dalam al-umm ketika menjelaskan bagaimana memakai pakaian dalam solat: “ dan setiap wanita adalah aurat kecuali dua tapak tangan dan wajahnya”.

Firman Allah taala:

 وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (QS. An Nur: 31).

Yang dimaksud dengan ‘ kecuali yang biasa nampak padanya’ menurut para ulama tafsir adalah wajah dan kedua telapak tangan. Wajah dan kedua telapak tangan bukanlah aurat karena kebutuhan yang menuntut keduanya untuk ditampakkan.

  1. Batasan wajah dan tapak tangan.
  1. Wajah

Al Imam Asy Syafi’i rahimahullah dalam kitab Al Umm berkata,”Wajah menurut bangsa Arab adalah apa yang didapati saat berhadapan.”

Imam mengatakan, “Wajah itu adalah apa yang ada diantara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan ujung kedua-dua rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telinga satu lagi.”

Dagu wanita tidak termasuk aurat, tetapi jika yang dimaksudkan dengan bahagian bawah dagu wanita ianya adalah termasuk aurat yang wajib ditutup. Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk dari batas-batas wajah yang boleh dibuka.

  1. Telapak Tangan

Dalam mazhab Syafi’i batasan telapak tangan adalah termasuk punggung dan bagian dalam telapak tangan, jari-jemari sampai batas pergelangan tangan.

  1. Kesimpulan

jika merujuk kepada batas-batas wajah, untuk bagian bawah dagu, yakni yang berada di bawah tulang rahang maka hal tersebut bukan termasuk wajah, sehingga ia termasuk dalam aurat. Dan untuk keperluan menutup aurat, ia wajib ditutup.

 

Rujukan:

 

Ustazah Qotrul Aini Binti Ismail
Kuliah Syariah Islamiah
Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1682 access attempts in the last 7 days.