Umat Islam tidak sepatutnya bersikap lemah dan diam diri

TURKI, 7 MAC- Umat Islam pada hari ini tidak sepatutnya bersikap lemah dan diam diri seolah-olah telah melakukan kasalahan dan menerima segala tuduhan buruk barat terhadap kesucian agama Islam.

Syiekh Dr Nuwaf Al-Takruri, Ketua Pertubuhan Ulama Palestin serta mewakili Dr Ali Qurahdaghi, Setiausaha Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia berkata demikian dalam persidangan antarabangsa dikalangan ulama Islam sedunia yang diadakan di wilayah Sanliurfa, Turki.

Tambah beliau lagi sepatutnya kita hendaklah menyatakan kebenaran kepada seluruh manusia bahawa keganasan itu tidak dibatasi agama, bangsa atau negara.

“Seperti mana ada sebahagian keganasan dilakukan oleh orang mengaku Islam begitu juga ada keganasan lain dilakukan oleh orang bukan Islam maka tuduhan keganasan terhadap Islam adalah tidak berasas”

Beliau yang menyampaikan kertas kerja bertajuk “Perbezaan antara keganasan dan penentangan yang diiktiraf syarak” turut menyeru supaya umat Islam hari ini mengajak manusia kearah keadilan, keamanan dan kebebasan dengan lambang kekuatan bukan kelemahan.

“Kekuatan yang dimaksudkan dalam Islam bukanlah dengan pembunuhan tetapi dengan menghalang daripada pertumpahan darah berlaku” tegas beliau.

Persidangan tersebut telah dihadiri daripada pelbagai tokoh ulama mewakili negara-negara Islam dengan meletakkan motto perbincangan mereka “Seruan Islam kepada seluruh dunia: Keamanan, Keadilan dan Kebebasan”

sumber asal disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 715 access attempts in the last 7 days.