Hari wanita sedunia: Jadikan wanita Palestin sebagai contoh

BANGI, 8 MAC- Umat Islam seluruh dunia sepatutnya menjadikan wanita Palestin sebagai contoh serta qudwah dalam menterjemah erti kesabaran, kegigihan dan pengorbanan yang cukup tinggi dalam memelihara tanah umat Islam khususnya Masjid Al-Aqsa.

“Pada hari ini kami rakyat Malaysia akan cuba mengikuti pengorbanan harta bahkan jiwa yang ditunjukkan oleh mereka demi kepentingan umat”

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustazah Hayati Zari berkata demikian bersempena hari wanita sedunia yang disambut pada hari ini 8 Mac.

Tambah beliau lagi yang merupakan Pegawai Aman Palestin, kami rakyat Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh rakyat Palestin selama ini khususnya wanita-wanita yang terus tsabat atas segala cabaran yang sedang dihadapi.

“Moga-moga Allah swt akan menghimpunkan kita kelak di bumi Al-Quds dalam keadaan kegembiraan menyambut kemenangan di atas bebasnya tanah ini daripada tangan-tangan penjajah, Allahuakbar!” tegas beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 2379 access attempts in the last 7 days.