Allah tidak akan bantu umat Islam yang terus bersengketa

 

ALEPPO, 19 DISEMBER- Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru mujahidin di Syiria khususnya serta umat Islam diseluruh dunia untuk bersatu dengan menolak segala asbab yang membawa perpecahan dan pertelingkahan sesama umat Islam.

“Kemenangan dan bantuan Allah swt tidak akan turun kepada kita selagi mana umat Islam terus bertengkar dan berselisih pendapat sesama kita”

Syiekh Dr Ali Qurrah Daghi, Setiausaha Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata demikian dalam teks khutbah jumaatnya baru-baru ini bersempena Jumaat Solidariti untuk Syria.

Tambah beliau lagi jika kita perhatikan semua kelompok dan bangsa disekeliling kita bersatu terhadap satu agenda yang disepakati bersama yang pasti akan memberi maslahat terhadap mereka kecuali bangsa arab dan umat Islam amnya yang tiada agenda dijadikan matlamat bersama.

“Satu-satunya jalan keluar kepada segala permasalahan umat Islam pada hari ini adalah dengan kita bersatu seperti mana musuh boleh bersatu walaupun kepelbagaian yang ada pada mereka” tegas beliau.

Perang saudara di Syria tercetus sejak awal 2011, apabila rejim Assad bertindak keras terhadap penunjuk perasaan pro demokrasi, yang dikatakan meletus sebagai sebahagian daripada kebangkitan di Arab atau ‘Arab Spring’.

Sejak itu seperempat daripada sejuta orang terbunuh, dan lebih 10 juta lagi menjadi pelarian. Pusat Kajian Polisi Syira menganggarkan 470,000 terbunuh dalam tempoh enam tahun konflik itu. Baru-baru ini konflik menjadi semakin memuncak apabila rejim Assad.

sumber asal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 405 access attempts in the last 7 days.