Penyatuan Umat agenda utama Ma’al Hijrah 1438H

MAJLIS ULAMA ISMA (MUIS) mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijri 1438 kepada umat Islam seluruh dunia khususnya di tanah air tercinta Malaysia.

Jadikanlah permulaan tahun baru ini dengan meletakkan azam iaitu hendak melihat bumi ini bakal mengangkat Syariat Islam secara menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan. Dokonglah segala usaha kearah ini tanpa mengira siapa pun mereka asalkan usaha tersebut akan mengangkat sedikit demi sedikit kedudukan Islam di bumi ini.

Supaya kelak tanah akan kembali gah seperti berdirinya kota Islam yang pertama iaitu Madinah al-Munawwarah saat hijrahnya Baginda saw.

Hiasilah tahun mendatang ini dengan usaha-usaha untuk mengagendakan kesatuan umat Islam disebalik khilaf yang ada. Lihatlah kekhilafan itu sebagai suatu kepelbagaian yang akan menjadikan penyatuan dilihat lebih indah seperti bersatunya warna berbeza-beza kemudian membentuk pelangi yang indah.

Bersatulah kita seperti bersatunya Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar bahkan seperti penduduk Madinah walaupun berlainan bangsa atau agama saat Islam mula menjadi nadi kepada kota Madinah.

Moga tahun yang mendatang ini kembali menyedarkan umat ini terhadap ancaman musuh Islam yang sedang kita hadapi sepanjang masa, dari seluruh sudut. Ancaman untuk merampas tanah-tanah umat Islam, merosakkan system-sistem kemasyarakatan dan kekeluargaan, hinggalah usaha menghilangkan jati diri dan identiti umat ini.

Jika kita tidak mampu bersatu untuk mendaulatkan Islam maka bersatulah demi memelihara agama ini dari terus diratah oleh musuh secara berjemaah.

Moga Allah memelihara umat ini dan kembali mengangkat keizzahan umat ini

وَلِلَّهِ ٱلۡعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَلَـٰكِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ لَا يَعۡلَمُونَ
Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (Surah al-Munafiqun: 8)

1 Muharram 1438H

————————-

http://facebook.com/majlisulamaisma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1774 access attempts in the last 7 days.