Takziah MUIS atas pemergian Datuk Dr Haron Din

logomuissmall

عن عبدالله بن عمرو بن العاص، قالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول: إِنَّ الله لا يَقْبضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزعُهُ مِنَ الْعِبَادِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقِبْضِالْعُلَمَاءِ حَتّىَ إذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤوسَاً جُهَّالاً ، فَسُئِلُوا ، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْم ، فَضَلُّوا وأَضَلُّوا

(متفق عليه)

Daripada Abdullah Bin ‘Amr Bin Al-‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ‘ulama (orang-orang ‘alim) sehingga jika tidak ada lagi seorang ‘alim pun maka manusia akan mengangkat Juhalaa’ (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain. (Muttafaq ‘Alaih)

Majlis Ulama ISMA (MUIS) melahirkan rasa sedih dan dukacita atas pemergian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din pada hari yang mulia iaitu hari Jumaat bertarikh 14 Zulhijjah 1437H bersamaan 16 September 2016.

Umat Islam di Malaysia kehilangan seorang ulamak yang berwibawa, al-marhum adalah seorang ulama yang jelas dan tegas dalam pendirian beliau, berani menyatakan kebenaran, walaupun kadangkala ianya tidak disukai kawan, apatah lagi lawan.

Majlis Ulama ISMA (MUIS) mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga al-marhum atas kehilangan al-marhum. Kami berkata seperti mana yang Allah SWT ajarkan apabila seseorang Muslim ditimpa musibah:

انا لله وانا اليه راجعون

Semoga Allah SWT memasukkan al-marhum bersama-sama dengan para Anbiya’ dan Mursalin,Sodiqin,  Syuhada’ dan Solihin, dan memberikan gamjaran yang melimpah ruah di atas segala jerit perit dan pengorbanan yang telah beliau curahkan di dalam perjungan Islam ini.

Majlis Ulama ISMA (MUIS) mengajak seluruh umat Islam menjadikan al-marhum sebagai contoh dan qudwah dalam kesungguhan perjuangan bagi memastikan kedaulatan Islam di bumi Malaysia ini.

تِلۡكَ أُمَّةٌ۬ قَدۡ خَلَتۡ‌ۖ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَلَكُم مَّا كَسَبۡتُمۡ‌ۖ وَلَا تُسۡـَٔلُونَ عَمَّا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan. (Al-Baqarah: 141)

Majlis Ulama ISMA (MUIS) juga memperingatkan seluruh umat Islam akan sesungguhnya kematian itu  adalah pasti dan kehidupan akhiratlah yang akan kekal selama-lamanya.

{كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ} و {كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ}

 
Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *