Hukuman mati pemimpin Jamaat el-Islami : Dunia Islam diseru bantah Bangladesh

ali qara daghi_2

QATAR, 6 September- Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia menyeru negara dan umat Islam keseluruhannya membantah tindakan kerajaan Bangladesh yang menjatuhkan hukuman mati  berterusan terhadap pemimpin umat Islam di sana dan yang terbaru terhadap seorang pemimpin parti Islam Jamaat el-Islami iaitu Mir Quasem Ali.

"Kami menyeru kerajaan Arab dan negara Islam keseluruhannya melakukan bantahan termasuk memboikot kerajaan Bangladesh sehinggalah mereka kembali benar-benar mengurus negara demi kemaslahatan rakyat"

Syaikh Prof Dr Ali Muhyiddin Al Qurrah Daghi yang merupakan setiausaha pertubuhan tersebut menyatakan semalam di laman sesawang rasmi mereka.

Mahkamah Tinggi Bangladesh 30 Ogos lalu telah menolak rayuan terakhir seorang pemimpin tertinggi parti Islam terbesar negara itu yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan melakukan jenayah perang.

Mir Quasem Ali yang merupakan antara tokoh utama Jamaat-e-Islami telah digantung Sabtu lalu selepas disabitkan oleh satu tribunal yang dihujani kontroversi, atas tuduhan kesalahan yang dilakukan sekitar tahun 1971 ketika konflik antara negara itu dengan Pakistan.

“Hukuman telah dijatuhkan pada jam 10.35 malam (1635GMT),” ujar menteri undang-undang dan keadilan negara itu, Anisul Haq, menurut sumber Al-Jazeera.

Hukuman kejam tersebut telah mendapat kutukan pelbagai pihak antara Syiekh Dr Yusuf al-Qardawi sendiri dan gerakan Islam antarabangsa, Ikhwan Muslimin.

"Kita perlu betindak lebih tegas kerana kerajaan Bangladesh nampaknya langsung tidak ambil kisah akan tuntutan dan bantahan ramai pihak terhadap hukuman zalim yang terus diadakan terhadap pimpinan umat Islam disana" Tegas beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 525 access attempts in the last 7 days.