Selamat berangkat tetamu Allah ibadah Haji

logomuissmall

1. Majlis Ulama ISMA (MUIS) mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia dimana rombongan pertama ke tanah suci yang akan bergerak pada hari ini.

2. Ianya adalah satu ibadah rukun Islam kelima yang padanya terdapat banyak fadhilat dan kelebihan yang tidak ada pada amalan ibadah yang lain jika benar-benar dihayati.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سُئل رسول الله صلى الله عليه وسلم : أي العمل أفضل؟ قال: "إيمان بالله ورسوله". قيل: ثم ماذا؟ قال: "الجهاد في سبيل الله". قيل: "ثم ماذا؟" قال: "حج مبرور" {البخاري، ومسلم، والترمذي، والنسائي، وأحمد}.

Daripada Abu Hurairah ra : Telah ditanya kepada Rasulullah saw: Apakah amalan paling afdal? maka dijawab " Beriman kepada Allah dan RasulNya" ditanya lagi: "kemudian?" dijawab baginda "Jihad fisabilillah" ditanya lagi: "Kamudian?" lalu baginda berkata : Haji yang mabrur. (al-Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasaie, Ahmad)

العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما، والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة". {متفق عليه، البخاري كتاب الحج (1650)، ومسلم (2403)}.

Satu umrah kepada umrah yang lain adalah pengampunan dosa antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga (bukhari)

وفي رواية: قلت: يا رسول الله، ألا نغزو ونجاهد معكم؟ فقال: "لكن أحسن الجهاد وأجمله الحج، حجٌ مبرور". فقالت عائشة: فلا أدعُ الحج بعد إذ سمعت هذا من رسول اللَّه صلى الله عليه وسلم . {البخاري كتاب الحج حديث 1728}.

Dalam satu riwayat, Aisyah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, kenapa kami tidak berperang dan berjihad bersama mereka (sedangkan ianya amalan terbaik)? maka baginda jawab: Sebaik-baik jihad adalah haji, (iaitulah) haji yang mabrur. Kemudian Aisyah berkata: Setelah itu aku tidak pernah meninggalkan tunaikan haji selepas mendengar kalam tersebut.

3. Ibadah Haji adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya yang benar-benar dipilih dikalangan seluruh manusia untuk menjadi tetamu yang istimewa di tempat dan bulan yang mulia. Maka jadikanlah rehlah (perjalanan) ini sebagai satu musafir penyucian jiwa, pembersihan hati supaya semakin hampir kepadaNya.

4. Juga jadikanlah peluang amalan "sebaik-baik jihad" berada di tanah suci kota Makkah dan Madinah ini untuk melihat serta menghayati sirah perjuangan Baginda saw, Sahabat serta salafussoleh. Jadikanlah ia satu ibrah dan bekalan yang digarap supaya kelak ianya menjadi pegubat duka untuk umat Islam seluruh dunia yang sedang ditindas pada hari ini.

5. Moga-moga al-Rahman menerima amalan haji kita semua dan moga al-Rahim mengeluarkan umat ini daripada segala kemelut yang sedang dihadapi serta mengambalikan kita semua kepada keizzahan Islam.

Majlis Ulama ISMA (MUIS)
http://muis.org.my
https://www.facebook.com/majlisulamaisma/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 264 access attempts in the last 7 days.