Memelihara rumah daripada gangguan jin

rumah

Soalan : Assalamualaikum ustaz.. nk tanya.. surah ap boleh jadikan pendinding diri? Sbb ad kwn tnya, dia pindah umah baru..dia rasa ada sesuatu kt umah tu..

Saya jawab : 
Rumah yang sudah lama tak didiami orang, mungkin makhluk lain duduk. Jadi biasalah kalau ada ganguan sedikit bila masuk ke rumah yang sebelum ni didiami oleh orang lain atau usang.

Jadi, Kalau pindah ke rumah baru beberapa amalan perlu di laksanakan :

1. Baca Surah al-Baqarah dari mula sehingga habis. Berdasarkan satu Hadis Shahih daripada Shahih Muslim Rasulullah mengatakan Syaitan akanari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.

2. Amalkan baca Quran setiap hari kalau tak rumah yg tak dibaca Quran ialah seperti Kubur. Ini juga Hadis mafhum Hadis Shahih yang sama di atas.

3. Solat sunat elok dibuat di rumah, ini yang telah sabit dalam satu Hadis daripada Shahih Bukhari RH. Solat fardhu pula Mesti di Surau atau Masjid. Kalau dah kenal jemaah surau atau masjid ajak ke rumah utk baca yasin dan doa selamat. InsyaAllah berkat bacaan Quran dan doa orang-orang Soleh dari kalangan ahli jemaah Masjid Surau akan membawa ketenangan kepada rumah.

4. Elak kan dengar lagu2, music2 yg lalai sebab syaitan dan jin akan jadi kuat utk gangu sebab kita lemah hubungan dengan Allah dan hilang keberkatan sebab kita buat benda yang Haram ataupun menghampiri yang haram.

5. Elakkan berlebihan main games, tengok movie-movie yg boleh bawa kpd lalai. Ini semua boleh bawa kepada lemahnya iman kita dan masa tu lah syaitan dan jin akan kuat utk ganggu kita.

6. Sebelum tidur elok baca surah al-Mulk sebab ini amalan Nabi dan antara cara memudahkn kita utk bangun subuh begitu juga terselamat dari azab kubur kelak.

7. Kalau ternampak atau terdengar apa2 bunyi yg x disenangi ingat pada Allah banyak-banyak dgn berzikir.

Pokoknya, kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga kita.

Wallahuallam.

Ust Ikram bin Abu Hassan
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

*lihat juga: http://muis.org.my/2014/05/memagari-rumah-dari-sebarang-gangguan/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1265 access attempts in the last 7 days.