Takziah MUIS atas pemergian Prof Madya Dr Aziz Hanafi

logo muis

الحمد لله، والصلاة والسلام على محمد رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه.. وبعد :

عن عبدالله بن عمرو بن العاص، قالَ:

 سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولإِنَّ الله لا يَقْبضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزعُهُ مِنَ الْعِبَادِ ،

 وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقِبْضِالْعُلَمَاءِ حَتّىَ إذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤوسَاً جُهَّالاً ، فَسُئِلُوا ، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْم ، فَضَلُّوا وأَضَلُّوا

(متفق عليه)

Daripada Abdullah Bin ‘Amr Bin Al-‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ‘ulama (orang-orang ‘alim) sehingga jika tidak ada lagi seorang ‘alim pun maka manusia akan mengangkat Juhalaa’ (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain. (Muttafaq ‘Alaih)

Majlis Ulama ISMA (MUIS) melahirkan rasa sedih dan dukacita atas pemergian Prof Madya Dr Aziz Hanafi, Dekan Kulliyah Syariah Kolej Universiti Insaniah pada hari ini jam 1.45 tenghari pada 1 Ramadan 1437H bersamaan 6 Jun 2016.

Umat Islam di Malaysia kehilangan seorang ulamak yang berwibawa, al-marhum adalah seorang ulama yang jelas dan tegas dalam pendirian beliau, berani menyatakan kebenaran, walaupun kadangkala ianya tidak disukai kawan, apatah lagi lawan. Kesungguhan serta kegigihan al-marhum dalam memelihara aqidah umat khususnya dalam menentang fahaman sesat syiah adalah merupakan qudwah akan ketegasan beliau.

Majlis Ulama ISMA (MUIS) mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga al-marhum atas kehilangan al-marhum. Kami berkata seperti mana yang Allah SWT ajarkan apabila seseorang Muslim ditimpa musibah:

انا لله وانا اليه راجعون

Semoga Allah SWT memasukkan al-marhum bersama-sama dengan para Anbiya’ dan Mursalin,Sodiqin,  Syuhada’ dan Solihin, dan memberikan gamjaran yang melimpah ruah di atas segala jerit perit dan pengorbanan yang telah beliau curahkan di dalam perjungan Islam ini.

Al-Marhum sendiri pernah hadir dalam satu Muzakarah anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS) yang membincangkan isu Comango pada tahun 2014 dan pada asalnya bercadang hadir ke Muzakarah MUIS yang membincangkan Fiqh Muwatanah jelas menunjukkan beliau adalah seorang ulama yang cakna dan mengambil berat akan realiti yang dihadapi oleh umat di Malaysia. Hal ini sepatutnya dijadikan pedoman untuk kita sebagai ulama untuk memandu umat.

Majlis Ulama ISMA (MUIS) mengajak seluruh umat Islam menjadikan al-marhum sebagai contoh dan qudwah dalam kesungguhan perjuangan bagi memastikan kedaulatan Islam di bumi Malaysia ini.

تِلۡكَ أُمَّةٌ۬ قَدۡ خَلَتۡۖ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَلَكُم مَّا كَسَبۡتُمۡۖ وَلَا تُسۡـَٔلُونَ عَمَّا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan. (Al-Baqarah: 141)

Majlis Ulama ISMA (MUIS) juga memperingatkan seluruh umat Islam akan sesungguhnya kematian itu  adalah pasti dan kehidupan akhiratlah yang akan kekal selama-lamanya.

{كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ} و {كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ}

Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 715 access attempts in the last 7 days.