Bolehkah Bayar Hutang Guna Matawang Lain?

 

Soalan:
Salam. Sy student tajaan MARA di Jordan. Bulan 5 hari tu sebelum back for good, sy telah beli tiket flight sendiri untuk pulang ke Msia kerana MARA benarkan kami beli sendiri dahulu, kemudian baru claim. Maka sayapun beli sendiri tiket di Jordan, berharga 380JOD (Jordanian Dinar)

Isunya sekarang saya perlu claim duit tiket tersebut dari MARA dalam RM. Adakah ia dibenarkan dan bagaimana dengan ratenya? Sedangkan pada bulan Mei lalu rate pertukaran JOD ke RM lebih rendah. Sekarang ia jadi lebih tinggi disebabkan penurunan nilai RM berbanding JOD hari ini.

Jawapan:
Terima kasih atas persoalan yang menarik ini. Mungkin Jawapan yang bakal saya nytakan ini dapat memberi sedikit berita gembira kepada kamu dan pelajar-pelajar tajaan MARA yang lain.

Jawapan ringkasnya, saya berpandangan ia adalah dibenarkan dan nilainya adalah bergantung pada salah satu daripada 2 perkara berikut:

1) Nilai SEMASA ketika hari pembayaran claim dibuat, atau

2) Nilai yang dipersetujui bersama ketika pembayaran claim dibuat (bukan dipersetujui pada hari-hari atau waktu sebelumnya)

Maka pihak MARA perlulah ikut rate semasa dan tidak patut mengenakan ke atas kamu rate terdahulu (rate pada hari tiket dibeli) untuk kamu claim duit tiket tersebut, melainkan kamu dan pihak MARA sama-sama bersetuju pada hari dan waktu claim dibuat dengan sesuatu rate – tidak kira sama ada rate dahulu/sekarang/
apa-apa rate – yang penting ia persetujuan itu dibuat ketika pembayaran balik claim tersebut, bukan hari atau waktu sebelumnya.

Ulama telah membincangkan perkara ini lama dahulu dan saya sertakan beberapa sumber seperti di bawah:

1) Keputusan Majma` Fiqh Islami Antarabangsa yang ke-8 pada 7 Muharram 1414 H, tahun 1993, point. no 2:

“يجوز أي يتفق الدائن والمدين يوم السداد – لا قبله – على أداء الدين بعملة مغايرة لعملة الدين إذا كان ذلك بسعر صرفها يوم السداد”

Maksudnya: HARUS bagi pemiutang dan penghutang bersepakat (ulama berpendapat “ittifaq” di sini bermaksud berkontrak. Ruj: Prof. Madya Dr. Aznan Hasan) ketika hari pembayaran hutang – bukan hari sebelumnya – untuk melunaskan hutang dengan suatu matawang selain matawang hutang apabila ianya berdasarkan harga / rate pertukaran pada hari pembayaran (rate semasa/prevailing rate)

2) Piawaian Syariah AAOIFI, perenggan 2/10:

تصح المبادلة في العملات الثابتة ديناً في الذمة إذا أدت إلى الوفاء بسقوط الدينين محل المصارفة وتفريغ الذمتين منهما. ومن صورها ما يأتي:

( أ ) تطارح (إطفاء) الدينين، بأن يكون في ذمة شخص دنانير لآخر، وللآخر في ذمة الأول دراهم، فيتفقان على سعر المبادلة لإطفاء الدين كله أو بعضه تبعاً للمبالغ. ويطلق على هذه العملية أيضاً (المقاصة).

(ب) استيفاء الدائن دينه الذي هو بعملة ما بعملة أخرى، على أن يتم الوفاء فوراً بسعر صرفها يوم السداد.

Saya ringkaskan mafhum daripada point yang panjang di atas seperti berikut (terus merujuk kepada point :

Sah / dibolehkan untuk melunaskan hutang dengan matawang lain, tetapi mestilah (ketika hendak melunaskan hutang itu) dibayar secara terus dengan harga pertukaran mengikut RATE SEMASA pada hari pelunasan hutang.

3) Kedua-kedua ijtihad sekumpulan ulama antarabangsa yang pakar dalam bidang kewangan Islam di atas adalah berdasarkan hadith2 Rasulullah s.a.w, yang salah satunya ialah kisah Ibnu ‘Umar r.a. yang menjual unta dengan matawang Dinar tetapi dia terima bayaran daripada pelanggan dengan matawang dirham. Kemudian beliau merujuk Rasulullah s.a.w bertanyakan hukum perbuatannya.

Maka Rasulullah menjawab;

لَا بَأْسَ أَنْ تَأْخُذَهَا بِسِعْرِ يَوْمِهَا مَا لَمْ تَفْتَرِقَا وَبَيْنَكُمَا شَيْءٌ

“Tidak mengapa engkau mengambil dengan harga hari itu, selagi mana kalian berdua (pembeli dan penjual) belum berpisah, sementara di antara kalian ada sesuatu (maksudnya di sini nilai rate yang telah dikontrakkan itu perlu bayar dengan sempurna)” – HR Abu dawud, An-Nasa’ie, Ad-Darimi & Musnad Imam Ahmad-

+ + +

Merujuk kepada persoalan tadi, kamu telah mendahulukan duit kamu sendiri untuk membeli tiket yang sepatutnya menggunakan duit MARA.

Maka selepas pembelian tiket itu, saya berpandangan bahawa telah sabit hutang pihak MARA kepada kamu kerana kamu berhak untuk claim harga tiket tersebut bernilai 380JOD daripada MARA. Maka apabila MARA hendak membayar balik / lunaskan hutangnya kepada kamu dalam RM, ia perlulah mengikut rate semasa JOD-RM atau persetujuan bersama pada hari dan waktu pelunasan hutang seperti mana yang dikatakan ulama di atas.

Wallah A’lam

Ust Ahmad bin Khairuddin

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1265 access attempts in the last 7 days.