Pelaburan emas dengan pulangan bulanan

emas-batangan

Seperti yg diketahui umum, sekarang ini terlalu byk skim pelaburan emas. Sbg contoh; kita melabur sebyk RM10k dan berdasarkan pelaburan itu kita akan mendapat pulangan sebyk RM1.7k – RM2k setiap bulan. Apakah hukumnya melabur dalam skim ini dan bagaimana pulak dgn hasil yg kita dpt setiap bulan tu…Jika tak halal, apa yg perlu dibuat pada duit hasil pelaburan itu

Berkenaan soalan saudara, pertama sekali kita perlu mengenal pasti terlebih dahulu syarikat tersebut mempunyai status shariah compliant atau pun tidak. Jika syarikat tersebut merupakan syarikat besar yang terlibat dengan pasaran kewangan seperti capital atau money market, saudara boleh menyemak samada syarikat tersebut termasuk ataupun tidak di dalam senarai syarikat patuh shariah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam pautan ini : http://www.sc.com.my/data-statistics/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council/

Saya tidak berani untuk memberi hukum pelaburan dalam syarikat yang saudara utarakan kerana tidak mengetahui apakah nama dan status syarikat tersebut.

Cuma sebagai panduan asas untuk saudara dan kita semua, terdapat sebuah hadith Rasulullah saw yang cukup masyhur yang diriwayatkan oleh Ubadah bin As-Somit yang menerangkan garis panduan asas dalam jualbeli barangan bersifat ribawi (ribawi item) yang mana emas juga termasuk di dalamnya :

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ، وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ، وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ، وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ، وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ، وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ، مِثْلًا بِمِثْلٍ، سَوَاءً بِسَوَاءٍ، يَدًا بِيَدٍ، فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الْأَصْنَافُ، فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ، إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

Mafhumnya : Dari Ubadah al-Shomit bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “(Diperbolehkan menjual) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, sya’ir dengan sya’ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam, apabila ia  sama jenisnya, sama kadar atau timbangannya, dan pertukarannya secara lani atau on the spot. Sekiranya berlainan jenis, maka berjualbeli lah mengikut kehendak kamu tetapi dengan syarat ia pertukaran dua barangan tersebut berlaku secara on the spot

Hadith riwayat Imam Muslim ini telah memberi isyarat kepada kita beberapa perkara penting apabila berjual beli dengan emas dan barangan ribawi yang lain. (saya mengambil contoh emas, untuk lebih fokus pada persoalan saudara tadi) :

  • Apabila hendak membeli emas dengan bayaran emas, hendaklah kedua-dua emas tersebut sama timbangannya. Contohnya : Jika Saudara hendak membeli emas jenis A seberat 10 gram, mestilah dibayar dengan emas jenis B seberat 10 gram juga. Sekiranya salah satunya terlebih atau kurang timbangannya, maka lebihan itu adalah riba yang diharamkan.
  • Apabila hendak membeli emas dengan bayaran emas juga, perlulah pertukaran kedua barangan tersebut kepada kedua-dua pihak (pembeli dan penjual) berlaku secara on the spot (تقابض) samada secara qabadh haqiqi atau qabadh hukmi (dalam bahasa perbankan dipanggil actual delivery atau constructive delivery). Dalam perbahasan ulama’ perbankan Islam, ini bagi menepati syarat يَدًا بِيَد  yang dinyatakan dalam hadith di atas.

Oleh itu, tidak dibenarkan beli emas hari ini, bayar esok hari atau bayar pada majlis yang lain.

  • Apabila hendak membeli emas dengan bayaran selain emas (seperti dengan duit RM, US Dollar, atau barangan seperti perak, kurma dan sebagainya), harga bayarannya boleh ditentukan dengan apa jua harga yang telah sepakati bersama.

Contohnya : Saudara hendak membeli 10 gram emas 24k daripada Syarikat  ABC, pihak syarikat dan saudara boleh setuju bersama terhadap harga emas tersebut samada RM1400, RM 1500 dan lain-lain harga. Tetapi dengan syarat, mestilah pertukaran milik emas kepada pihak saudara sebagai pembeli dan pertukaran duit kepada penjual berlaku secara serentak, sepertimana yang telah dijelaskan point no. 2 di atas.

Ini bermaksud, saudara mestilah membayarnya secara on the spot, tidak ditangguhkan bayaran kepada waktu lain. Dan penjual tersebut mestilah menyerahkan pemilikan emas tersebut kepada saudara secara on the spot

Tiga point di ataslah yang perlu kita patuhi supaya selari segala jual beli kita berlandaskan hadith Rasulullah saw tersebut.

Sekiranya mana-mana syarikat dan pihak tidak mematuhi panduan asas ini, maka jual beli tersebut boleh membawa jatuh hukum haram kerana mengandungi unsur riba yang telah dilarang keras oleh Allah swt di dalam Al-Quran.

Maka dalam kes jika kita terjerumus dalam  pelaburan yang tidak patuh shariah, pulangan tersebut hendaklah dibersihkan dari diri kita dengan menyalurkannya kepada mana-mana badan yang memberi manfaat kepada masyarakat umum seperti badan-badan kebajikan, masjid, NGO, dan sewaktu dengannya.

Wallah A’lam.

ahmad k
 
 
Ust Ahmad Khairuddin
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1265 access attempts in the last 7 days.