Teguh menyatakan al-Haq walaupun dibenci

bara api

Mehnah khalq al-Qur’an telah menyebabkan ramai ulama diazab. Antaranya ialah Imam Ahmad (beliau dipenjarakan selama 28 bulan oleh al-Mu’tasim). Antaranya juga ialah imam Yusuf bin Yahya al-Buwaiti, salah seorang ulama terkemuka di dalam mazhab Syafie. Semasa zaman al-Wasiq, pemerintah kerajaan Abbasiyyah, Ibn Abi Daud, Hakim Diraja di Baghdad telah menghantar surat kepada hakim Mesir untuk menguji al-Buwaiti,sama ada beliau berpandangan sama ada al-Quran itu makhluk atau tidak.

Sama seperti Imam Ahmad, al-Buwaiti juga enggan untuk menyatakan bahawa al-Qur’an itu makhluk. Bahkan beliau dengan tegasnya menyatakan: “Jika sekiranya aku dibawa masuk menghadap al-wasiq, aku akan berkata yang sebenarnya, dan aku akan mati di dalam rantai besiku ini, sehinggalah kaum yang kemudian nanti akan mengetahui bahawa terdapat para ulama sebelum mereka yang telah mati di dalam rantai-rantai mereka kerana mempertahankan perkara ini.”

Beliau telah membenarkan kata-kata beliau. Beliau telah dibawa ke Baghdad, dan meninggal di dalam penjara, di dalam rantai besi beliau pada tahun 231H.

Semoga Allah merahmati beliau dan para fuqahak terdahulu, yang telah menunjukkan contoh tauladan di dalam thabat mempertahankan kebenaran.

Dalam Kitab al-Mustadrak (no. 4884), Imam al-Hakim meriwayatkan sepotong hadis dari Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Penghulu orang yang mati syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan juga seorang pemuda yang bangkit menegur dan menasihati pemerintah yang zalim, sehingga ia dibunuh oleh pemerintah tersebut.”

Juga dalam hadis lain Rasulullah SAW telah bersabda:

“Jihad yang paling afdhal adalah dengan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.” [Riwayat at-Tirmidzi no. 2174, Abu Daud no. 4344 dan an-Nasa’ie no. 7834]

Sesungguhnya mereka bukan hanya sekadar mengajarkan kebenaran, bahkan telah bertemu Allah di dalam mempertahankan kebenaran. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk menyatakan kebenaran walaupun dibenci oleh mereka yang membenci.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 6456 access attempts in the last 7 days.