Rahmat lil ‘Alamin: dengan mata pedang dan akhlak

rahmat lilalamin

Selama lebih dari 1000 tahun , Kota Konstantinopel adalah pusat Barat sekaligus merupakan kubu pertahanan terakhir agama Kristian terhadap kemaraan cahaya Islam. Kedegilan, keangkuhan mereka terlalu menebal hinggakan tidak menerima hakikat risalah agama Islam yang telah diwahyukan .

Selama masa itu , kota ini tidak pernah lepas dari serangan demi serangan . Khalifah Islam memberikan peluang samada menerima agama Islam sebagai agama dan sistem hidup baru , atau tunduk dengan pemerintahan Islam dan membayar Jizyah , atau tentera Islam akan memulakan serangan . Namun mereka enggan , lalu serangan dilancarkan. Hampir setiap 40 tahun , generasi bertukar ganti , cubaan membuka kota tersebut dilakukan . Namun tiada yang dapat menembusinya .

Akhirnya , Sultan Mehmet II , pemuda berusia 21 tahun yang haus dengan keagungan , berjaya menembusi tembok setebal 10 meter dan setinggi 25 kaki itu dengan bala tenteranya yang telah disiapkan . Berbekalkan persenjataan baru nan canggih , puluhan meriam yang telah ditempa tukang besi khas , pada April 1453 , seramai 80,000 pasukan Muslimin memulakan serangan terhadap 8000 tentera Kristian yang berlindung di balik tembok besar kota yang dikelilingi parit sedalam 10 meter , di bawah pimpinan Raja Konstantin XI , Kaisar empayar Byzantium yang     ke-57.

Firman Allah lagi di dalam surah Anfal ayat 39:

قَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةٌ۬ وَيَڪُونَ ٱلدِّينُ ڪُلُّهُ ۥ لِلَّهِ‌ۚ فَإِنِ ٱنتَهَوۡاْ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬ (٣٩

“Dan bunuhlah(perangilah) mereka(yang enggan menerima sistem Islam) sehingga tiada lagi Fitnah(halangan) dan semua agama(sistem) tunduk kepada sistem Allah(agama Islam)”.

Konstantinopel akhirnya jatuh , dan menandakan tersungkur dan berakhirnya kerajaan dan kekuasaan Empayar panjang Byzantium , kerajaan agama Kristian yang telah menyelewang dari ajaran asal Nabi Isa alaihi salam . Tentera Islam menghancurkan dan menawan kesemua tentera kafir yang degil dan tidak menerima agama Islam sebagai cara hidup baru .

Bergembiralah kota Konstantinopel malam itu , bermandikan cahaya agama Islam yang luas dan adil . Hukum dan undang-undang yang benar dari langit akhirnya menyinari bangsa Turki , yang selama ini dibelenggu pemerintahan gereja yang zalim dan memberikan otoriti mencipta undang-undang kepada paderi gereja dan raja manusia , yang sepatutnya adalah hak Tuhan selamanya.

Seperti firman-Nya:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ (١٠٧

“Tiadalah Aku utusan kau hai Muhammad, melainkan menjadi rahmat buat sekalian alam”

(Anbiya’: 107)

Begitulah agama Islam , risalah nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikannya dengan sempurna 800 tahun sebelum itu , menjadi rahmat dan penyelamat kepada bangsa manusia.

Sheikh Muhammad Said Tantawi dalam Tafsir Al-Waseet menerangkannya , iaitu Allah menzahirkan nikmat dan rahmat kasih sayang kepada para hamba-hamba Nya dengan mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w yang akan membawa agama dan undang-undang Islam sebagai cara hidup mereka. Begitu juga Imam Ibnu Kathir dan Ibnu Jarir di dalam kitab tafsir mereka Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir Al – Tobari.

Lihatlah bagaimana generasi terdahulu memahami ayat-ayat Allah ini . Mereka sentiasa berjihad berjuang menyebarkan agama ini , menjatuhkan segala sistem jahiliyyah (kebodohan manusia) yang telah mencipta sendiri cara hidup itu dan enggan menerima Islam kerana hawa nafsu . Khalifah Islam ketika itu yang juga memahami dasar agama ini , menghantar bala tentera Islam membuka kota-kota kuffar (mereka yang ingkar) yang jauh beribu-ribu batu .

Dengan mata pedang dan akhlak , mereka membawa dan menawarkan cahaya sistem Islam.

وَجَعَلَ ڪَلِمَةَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ ٱلسُّفۡلَىٰ‌ۗ وَڪَلِمَةُ ٱللَّهِ هِىَ ٱلۡعُلۡيَا‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (٤٠)

“Dan Allah menjadikan seruan(sistem syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah(sistem Islam) ialah yang tertinggi, kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

(Taubah: 40)

Semoga kita sebagai umat Islam pada hari ini dapat mengikuti langkah generasi terdahulu dan memahami risalah agama ini seperti mereka memahaminya dan berusaha berjihad menyampaikannya dengan meruntuhkan segala bangunan tembok jahiliyyah yang menghalang rahmat Allah dari menyinari sekalian alam.

Najid Bin Jamalullail
Tahun 4 Kuliah Usuluddin
Majlis Ulama ISMA (MUIS) Cawanagan Mesir
 
—————————————
Daftar sekarang! Simposium Pemikiran Politik Islam: Gagasan Pemikiran Politik Islam Berdasarkan Siyasah Syar’iyyah Dalam Realiti Malaysia.
daftar online: http://bit.ly/sppimuis
maklumat lanjut: http://muis.org.my/simposiumpolitikislam/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1422 access attempts in the last 7 days.