Minda PengerusiUtama

Jadilah kita semua Al-Qassam bermula hari ini

we are all qassam

Melihat Al-Qassam daripada aspek gerakan ketenteraan semata-mata adalah satu pandangan sisi yang kurang tepat. Hakikatnya Al-Qassam adalah lebih luas daripada itu.

Kita biasa membaca berkenaan dengan pemilihan ahli-ahli Al-Qassam yang mempunyai syarat-syarat yang amat ketat dan tidak sekadar meliputi kemampuan tubuh badan yang pada kebiasaanya menjadi penilaian gerakan ketenteraan biasa. Al-Qassam menyedari kemampuan tubuh badan tidak menjamin apa-apa tanpa adanya kekuatan ruh dan jiwa, yang menjadi asas kepada sebuah perjuangan Islam. Dengan kekuatan inilah, para pejuang Islam mampu untuk mengalahkan gerombolan tentera yang lebih ramai dan mempunyai kelengkapan persenjataan yang lebih hebat:

قَالَ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُواْ ٱللَّهِ ڪَم مِّن فِئَةٍ۬ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةً۬ ڪَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ

Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah

 (Surah Al-Baqarah: 249)

Kemenangan itu datang daripada Allah SWT, Tuhan sekelian alam yang menyusun segala aturan di bumi dan di langit daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara. KepadaNyalah segala yang dilangit dan di bumi, dan tenteraNya bukan sahaja manusia, bahkan segala apa yang berada di langit dan di bumi.

وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka) dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Al-Fath :7)

Itulah keyakinan al-Qassam. Al-Qassam mendidik ahlinya untuk menewaskan musuh yang berada dalam setiap jiwa daripada mereka sebelum menewaskan musuh yang berada di luar. Mereka amat yakin orang yang kalah dalam pertempuran di dalam jiwa mereka tidak akan mampu untuk berhadapan dengan musuh luaran. Mereka faham seperti mana yang disebut oleh Saidina Umar Al-Khattab dalam sebuah surat yang dihantar kepada Saad bin Abi Waqas yang berada dalam medan peperangan:

فإني آمرك و من معك من الأخيار بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة على العدو، و أقوى المكيدة في الحرب، و آمرك و من معك أن تكونوا أشد احتراسا من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، و إنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، و لولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، و لا عدتنا كعدتهم، فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة، و إلا ننصر عليهم بفضلنا، لن نغلبهم بقوتنا.

Aku  memerintahkan kamu dan orang-orang yang bersama kamu(tentera –tentera islam) agar bertaqwa kepada Allah dalam setiap perkara. Kerana taqwa kepada Allah itu adalah sebaik-baik kelengkapan perang melawan musuh dan sebaik-baik tipu helah di dalam peperangan. Aku (Umar Al-Khattab) memerintahkan kamu dan mereka yang bersamamu supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada daripada melakukan maksiat dan dosa.Kerana dosa-dosa para perajurit itu lebih aku takuti daripada musuh-musuh yang datang menentang. Sesungguhnya orang-orang islam mendapat kemenangan dengan sebab berlakunya maksiat di kalangan musuh-musuh mereka kepada Allah.Kalaulah bukan kerana itu,tentu sahaja tidak ada kekuatan bagi kita menghadapi mereka(musuh-musuh).Bilangan kita jelas kurang dari jumlah bilangan musuh dan kelengkapan perang musuh jauh lebih baik daripada kelengkapan perang kita. Jika kita sama melakukan maksiat seperti mereka, mereka akan mempunyai kelebihan ke atas kita kerana kekuatan mereka. Jika kita tidak melakukan maksiat (sedangkan mereka melakukannya), maka kita akan menang merana kelebihan tersebut. Sesungguhnya kita tidak akan mampu mengalahkan mereka kerana kekuatan kita”.

Inilah keyakinan al-Qassam. Keyakinan yang sehingga sekarang ini, tentera Isreal dengan segala kekuatan persenjataan mereka tidak dapat mengalahkan tentera Allah ini.

Penjara terbuka Gaza mengajar al-Qassam agar tidak menyerah kalah. Seterusnya, Al-Qassam mengajar kepada kita dan dunia seluruhnya akan erti kemerdekaan yang sebenar walaupun masih duduk dalam penjara terbuka Gaza ini. Kemerdekaan yang bertunjangkan kepada tauhid dengan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT walaupun seluruh dunia bersatu untuk menghancurkan mereka. Inilah ciri paling besar ada pada setiap jiwa-jiwa Al-Qassam, mereka telah membenarkan baiah mereka pada Allah SWT lalu Allah SWT menyempurnakan janji-janji mereka.

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬ (٢٣) لِّيَجۡزِىَ ٱللَّهُ ٱلصَّـٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (23) (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka

(Surah Al-Ahzab 23-24)

Menjadi Al-Qassam adalah bermaksud membebaskan belenggu-belenggu hawa nafsu yang mengikat dalam jiwa kita, yang menghalang kita daripada berasa izzah dengan Islam .Berjihad sebagai seorang Al-Qassam pada seluruh umat Islam di seluruh dunia, bukanlah bermaksud mengangkat senjata persenjataan, tetapi tetap berjuang dan memelihara agama Islam daripada dirobek oleh musuh, sama ada dari sudut fizikalnya mahupun pemikirannya. Jangan salah faham. Kenyataan ini tidak sama sekali menafikan bahawa jihad secara peperangan adalah jihad yang tertinggi. Itu sudah pasti. Hanya jiwa Muslim yang tewas sahaja yang akan menafikannya. Namun, seperti mana kata Imam Hassan al-Banna, wasilah jihad itu pelbagai bersesuaian dengan keadaan dan suasana:

فأولها إنكار القلب، وأعلاها القتال في سبيل الله، وبين ذلك الجهاد باللسان والقلم واليد، وكلمة الحق عند السلطان الجائرولا تحيا الدعوة إلا بالجهاد

Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati, peringkat tertingginya adalah berjihad di jalan Allah. Antara kedua martabat ini: Jihad lidah, pena, tangan dan perkataan yang benar kepada pemerintah yang zalim. Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad

Dengarkanlah kata Imam. “Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad”.

Menjadi Al-Qassam kepada kita bermaksud, kita mempunyai jiwa besar dan kental seperti mereka, menyelusuri jalan jihad seperti mereka. . Menjadi al-Qassam kepada kita ialah dengan mengikut jejak langkah mereka, sanggup menyerahkan segalanya untuk kemenangan dan kejayaan Islam, dan kita mestilah juga mempunyai cita-cita syahid seperti mereka.

 عن أبي ثابت، وقيل: أبي سعيد، وَقيل :أبي الو ليد، سهل ابن حُنَيْفٍ وَهُوَ بدريٌّ – رضي الله علنه – أنَّ النَّبي – صلى الله عليه وسلم -،قَالَ:”مَنْ سَأَلَ الله تَعَالَى الشَّهَدةَ بِصِدْقِ بلَّغَهُ مَنَازِلَ الشَّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ”. رواه مسلم

Daripada Abu Tsabit, ada yang mengatakan, Abu Said, dan ada pula yang mengatakan : Abu al-Walid, Sahal ibn Hunaif, iaitu seorang sahabat yang pernah menyertai Perang Badar (r.a), bahawa Nabi s.a.w bersabda:“Sesiapa memohon kepada Allah Ta’ala kematian secara syahid dengan benar dan jujur, maka dia disampaikannya kepada kedudukan para syuhada’, meskipun dia meninggal dunia di atas katil tidurnya.”

(Riwayat Muslim)

Simbol Al-Qassam bukanlah hanya senjata tetapi jiwa yang merdeka. Simbol al-Qassam bukanlah hanya senjata, tetapi jasad dan nyawa yang telah diberikan untuk dakwah dan jihad Islam ini. Simbol al-Qassam bukan hanya di Palestin, tetapi di seluruh dunia. Pemuda al-Qassam bukan hanya di Palestin. Pemuda al-Qassam juga ada di sini. Al-Qassam bukan hanya lambang senjata semata. Al-Qassam hakikatnya adalah lambang kemulian umat Islam hari ini!

Hadirkanlah al-Qassam itu dalam jiwa setiap kita. Kegemilangan Islam pasti akan dijulang apabila setiap seorang daripada kita adalah al-Qassam itu. Laungkan wahai saudara:

#weareallalqassam

 
Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

3 thoughts on “Jadilah kita semua Al-Qassam bermula hari ini

  • mohammad shafiq bin zulkifli

    Bahan yg amat berguna…

  • Subhanallah Walhamdulillah wala Ila Ha Illallah. Pencerahan yang sememangnya dinanti- nantikan dari badan yang diiktiraf UMMAH.

  • Pingback: We All Al Qassam | Drphysiology's Blog

Leave a Reply