Lahirnya “fuqaha hawa nafsu”

kitab

Di penghujung meeting hari ini, Sheikh Nizam melahirkan rasa gusar beliau terhadap methodologi pengkajian maqasid syarak masa kini.

Segala macam perbincangan berkenaan dengan maqasid seolah-olah dimudahkan sehinggakan seorang yang baru mengenal mazhab sehari duapun sudah berani bercakap tentang halal haram, kerana kononnya berpandukan kepada maqasid.

Sedangkan di dalam disiplin usul fiqh dan methodologi pengeluaran hukum (qawaid al-istinbat), maqasid syarak adalah diajar sebagai suatu subjek yang memastikan bahawa seorang faqih ketika mengeluarkan hukum syarak, sama ada berdasarkan adillah ammah atau juziyyah, tidak lari daripada itar dan mehwah matlamat syariat itu sendiri, iaitulah maqasid ibad di dunai dan akhirat.

Kesemuanya dibincangkan setelah para fuqahak tersebut mempelajari segala macam qawaid istinbat dan turuq al-istidlal. Apa yang membimbangkan (kata beliau) ialah mereka yang mempelajari maqasid syarak yang telah “dipermudahkan” ini, tidak dapat memahami adillah syar’iyyah dan qawaid istinbat yang sepatutnya.

Maka lahirlah fuqahak-fuqahak segera dan fuqahak hawa nafsu, yang konon-kononnya menjadikan maqasid sebagai landasan hukum dan ini akan membawa kepada tahallul daripada adillah sya’iyyah (ammah atau juziyyah) kononnya kerana berpegang dengan maqasid.

Kalau dulu, perkara ini kadangkalanya berlaku kepada sebahagian ekonomis (dlm menganalisa halal haram dalam kewangan Islam), sekarang perkara ini seolah-olah semakin merebak kepada aspek-aspek syariat yang lebih mendalam lagi. 

Wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1874 access attempts in the last 7 days.