KolumnisUtama

“Tutup telinga” dari puak Islam Liberal (bid’ah)

Strategi musuh untuk menghancurkan Islam dari dalam iaitu dengan memesongkan kefahaman Islam dari ajaran yang sebenar bukanlah perkara baru. Bahkan jika kita lihat sejarah rasul-rasul terdahulu sbelum Nabi Muhammad SAW, segala wahyu yang diturunkan dari langit telah dipesongkan dan diubah dari kefahamannya yang asal. Itulah yang berlaku pada agama Kristian dan Yahudi.

وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِأَعۡدَآٮِٕكُمۡ‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَلِيًّ۬ا وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ نَصِيرً۬ا (٤٥) مِّنَ ٱلَّذِينَ هَادُواْ يُحَرِّفُونَ ٱلۡكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِۦ

Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu) dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka). (45) Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar    (Surah An Nisa’ 45-46)

Jelas didalam ayat ini Allah SWT mengketogerikan mereka yang cuba merosakkan kefahaman Islam dari dalam sebagai sebahagian dari musuh, bermaksud mereka ini perlu ditentang dan dilayan sebagai musuh! Musuh sebegini akan terus wujud hinggalah ke hari kiamat termasuk di zaman kita pada hari ini.

Bid’ah yang menyesatkan

Didalam sejarah Islam, kewujudan mereka yang cuba menyelewengkan fahaman Islam telah bermula seawal setelah kewafatan baginda SAW. Golongan yang mengaku sebagai nabi, golongan yang menolak kefardhuan zakat, golongan yang menolak hadis sebagai sumber pensyariatan, golongan yang mentaqdiskan saidina Ali ra (syiah) dan perlbagai golongan lagi yang tujuan dan maqasid mereka hanyalah satu : memesongkan Islam dari kefahaman yang sebenar.

Bermula dari zaman sahabat, golongan ini terus berkembang hingga ke zaman tabiin dan zaman-zaman selepas itu. Sebab itulah, ramai dikalangan ulamak, sahabat dan tabiin sejak awal lagi telah megajar umat Islam untuk berhati-hati dengan golongan ini bahkan melabelkan kelompok ini sebagai : Ahli Bid’ah.

Bid’ah bukanlah hanya bermaksud pada membuat sesuatu perbuatan yang tidak dibuat oleh Rasulullah SAW, ianya juga meliputi segala fahaman dan ajaran yang jelas berlawanan dengan usul aqidah dan kefahaman asas umat Islam yang dibawa atas nama Islam. Bid’ah dalam bentuk ini adalah lebih bahaya kerana kesan bid’ah jenis ini adalah lebih besar iaitulah berlakunya penyelewengan dan kerosakan terhadap kefahaman Islam yang sebenar.

عن عائشة قالت قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد”

Dari Aisyah RA berkata: berkata Rasulullah SAW : “Sesiapa yang berkata (membawa fahaman) dalam urusan yang berkaitan dengan kami (agama Islam) yang tidak ada asas sandaran dari Islam maka perkara tersebut adalah tertolak.

Imam Syafie Rahimullah adalah antara golongan awal yang menentang fahaman anti-hadis yang dilihat sebagai salah satu aliran ahli bid’ah yang wujud ketika itu. Imam Baihaqi apabila menceritakan mengenai perihal sikap Imam Syafie  terhadap golongan bid’ah, beliau berkata:

” وكان الشافعي – رضي الله عنه – شديداً على أهل الإلحاد وأهل البدع مجاهراً ببغضهم وهجرهم “

Sesungguhnya imam Syafie ini adalah golongan yang sangat tegas pada athies (tidak bertuhan) dan juga ahli bid’ah dengan beliau secara terbuka tidak melayan mereka dan memulau mereka

Umat terdahulu melayan mereka

Atas sebab kewujudan golongan sebegini sudah berlaku sejak zaman dahulu lagi, golongan ulamak dan umat Islam pada ketika itu telah lama mengajarkan dan mempersembahkan pada kita cara melayan (bertaamul) dengan musuh yang sangat halus ini. Ibnu Jauzi didalam kitab beliau Talbis Iblis (tipu daya syaitan) menyebut beberapa kisah mengambarkan situasi masyarakat umat Islam khususnya golongan ulamak pada ketika itu apabila berhadapan ahli bid’ah.

1)      كان طاوس جالسا وعنده ابنه فجاء رجل من المعتزلة فتكلم في شيء فأدخل طاوس أصبعيه في أذنيه وقال يا بني أدخل أصبعك في أذنيك حتى لا تسمع من قوله شيئا فإن هذا القلب ضعيف

Pada suatu hari, Tawus ibnu Kaysan (tabi’in) sedang duduk bersama anaknya, kemudian datang seorang yang berhafahaman muktazilah (salah satu kelompok bid’ah) dan bercakap padanya. Apabila dia mendengar sahaja orang tersebut berkata terus dimasukkan Tawus jarinya dikedua telinganya dan berkata : “wahai anakkau, masukkan jari engkau ke telingamu sehingga engkau tidak mendengar langsung kata-kata (ahli bid’ah tersebut) kerana sesungguhnya hati orang tersebut adalah hati yang lemah.”

2)      دخل رجل على ابن سيرين وأنا شاهد ففتح بابا من أبواب القدر فتكلم فيه فقال ابن سيرين إما أن تقوم وإما أن نقوم

Telah masuk lelaki kepada Ibnu Sairin dan aku menjadi saksi,kemudian lelaki tersebut berkata soal Qadr (dalam kefahaman yang salah). Kemudian Ibnu Sairin berkata : Samada engkau bangun (pergi) atau kami akan bangun (pergi).

3)      قال رجل من أهل الأهواء لأيوب أكلمك بكلمة قال لا ولا نصف كلمة

Berkata lelaki yang dikalangan kelompok mengikut hawa nafsu (bid’ah) kepada ayub : bolehkah aku ingin berkata kepada engkau? Dijawab : Tidak walaupon separuh patah perkataan aku tidak ingin dengar.

4)      سفيان الثوري يقول من سمع من مبتدع لم ينفعه الله بما سمع ومن صافحه فقد نقض الإسلام عروة عروة

Sufian Al Thauri berkata : sesiapa yang mendengar kata-kata dari ahli bid’ah, Allah tidak akan memanfaatkan terhadap apa yang dia dengar dan sesiapa yang berjabat tangan (berkawan) dengan mereka maka dia telah bersekongkol menjatuhkan Islam sedikit demi sedikit.

5)      فضيل بن عياض يقول من أحب صاحب بدعة أحبط الله عمله وأخرج نور الإسلام من قلبه

Fudhail bin Iyad berkata : Sesiapa yang berkawan dengan ahli bid’ah maka Allah akan hapuskan amalannya, dan dia telah terkeluar dari cahaya Islam.

6)      إذا رأيت مبتدعا في طريق فخذ في طريق آخر ولا يرفع الصاحب البدعة إلى الله عز وجل عمل ومن أعان صاحب بدعة فقد أعان على هدم الإسلام

Apabila engkau melihat ahli bid’ah berjalan disuatu lorong maka ambillah lorong lain dan Allah tidak akan mengangkat amalan ahli bid’ah dan sesiapa yang menolong ahli bid’ah maka dia telah menjadi pendokong kearah kehancuran Islam.

7)      قال جاء موت هذا الذي يقال له المريسي وأنا في السوق فلولا أن الموضع ليس موضع سجود لسجدت شكرا الحمد لله الذي أماته

Telah datang berita tentang kematian Al Muraisi (salah seorang muktazilah) dan ketika itu aku di pasar, kalaulah aku berada tempat yang boleh untuk aku sujud, aku akan sujud sebagai tanda bersyukur pada Allah yang telah mematikannya.

Berdasarkan kisah-kisah diatas, ulamak terdahulu memberi pengajaran yang besar pada kita dalam menghadapi kelompok ini. Seolah-olah ulamak terdahulu berkata pada kita : bersikap keraslah pada mereka, pulaukan mereka dan jangan langsung menghampiri mereka.

Kesimpulan

1)      Tafsiran bid’ah didalam masyarakat kita perlu diperbetulkan berdasarkan tafsiran yang benar  supaya ianya dilihat dalam konteks yang lebih luas serta yang dianjurkan Islam dan ulamak terdahulu iaitu meliputi golongan yang mengaku Islam tetapi membawa seruan dan kefahaman yag secara jelas berlawanan dengan usul dan fahaman asas didalam Islam.

 2)      Golongan ahli bid’ah adalah satu golongan yang akan terus wujud dalam kalangan umat Islam dengan pelbagai nama atau seruan namun dengan matlamat yang satu : menghancurkan Islam.

Dr Ahmad Raisuni, seorang ulamak kontemporari yang terkenal sebagai ulamak maqasid syariah apabila menceritakan mengenai golongan bid’ah yag wujud pada hari ini dan fahaman yang mereka bawa :

Sesungguhnya hadaf atau tujuan mereka (ahli bid’ah) menggunakan maqasid dan apa jua bentuk ijtihad dan tajdid adalah untuk menghancurkan syariat Islam iaitu sampai ketahap menjadikan perkara haram menjadi halal dan sebaliknya.

3)      Golongan bid’ah terdahulu adalah wujud atas nama muktazilah, qadariyyah, syiah, murjiah dan lain-lain. Adapun golongan bid’ah pada hari ini wujud atas nama muslim moderat(atas fahaman barat), pluralism, liberalism, sekularisme, feminism, penggunaan istilah maqasid secara mengikut hawa nafsu dan pelbagai lagi yang bertopengkan Islam menjadikan tiada bezanya antara golongan bid’ah terdahulu dan hari ini. Yang berbeza hanyalah kosmetik.

4)      Sikap sesetengah golongan ulamak yang menyeru untuk menghadapi golongan ini dengan berdialog atau bersemuka secara terbuka dikhalayak masyarakat akan membawa kesan yang sangat buruk pada masyarakat dan berlawanan dengan sikap yang dianjurkan oleh salafussoleh. Sepatutnya sikap umat Islam terhadap golongan ini adalah bersikap keras dan langsung tidak memberi ruang pada mereka untuk berkata-kata didalam masyarakat.

 

5)      Sikap memulau dan tidak melayan mereka adalah sikap yang patut ada didalam masyarakat umat Islam. Adapon sikap pemerintah umat Islam terhadap golongan bid’ah ini adalah bersikap keras terhadap mereka seperti yang diungkapkan oleh Imam Juwaini didalam kitab ghiyathul umam :

Jadi bagi memastikan agama ini terus suci daripada kekeliruan dan kekejian, dan agar terus bebas daripada segala perkara bid’ah dan hawa nafsu, maka menjadi tanggungjawab pemerintah untuk melakukan pemantauan tentang perkara-perkara tersebut; beliau perlu melakukannya  secara individu atau dengan melantik petugas-petugas (sebagai wakil-wakilnya untuk melaksanakan tugas tersebut) dan beliau hendaklah memantau mereka secara peribadi atau dengan perantaraan mereka yang beliau percayai. Pemerintah hendaklah sentiasa memantau mereka dengan pemantauan yang  dekat dan teliti dan memerhatikan tingkah laku mereka seumpamanya seseorang yang amat bakhil menjaga barang-barangnya. Pemerintah juga hendaklah memelihara mereka daripada keangkuhan hawa nafsu dan  pandangan-pandangan yang menyeleweng kerana sesungguhnya mendokong sesuatu dasar itu lebih mudah daripada menyekat sesuatu perkara yang telah lama berlaku (daripada berterusan). 

 

firdaus_2
 
Ust Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)

One thought on ““Tutup telinga” dari puak Islam Liberal (bid’ah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *