Hukum pemberian rebat oleh bank

gambar-sedekah1
 
saya ingin bertanya, adakah dibolehkan intitusi kewangan mengenakan kadar ibra/rebat berdasarkan peratus keuntungan .contohnya pemberian rebet adalah 50% dari kadar caj perkhidmatan. Dengan kata lain, pemberian dikaun bukan 100% -najamriah

Di dalam Islam, aplikasi/konsep Ibra/Rebat di sebut sebagai Hibah.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hibah adalah seperti berikut:

(i) Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.

(ii) Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.

(iii) Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).

(iv) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.

(v) Ia dibuat secara sukarela tanpa paksaan.

(vi) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu.

(Mohd Zamro Muda (2008). Kertas Kerja: INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA)

Dalil hibah:

Konsep Hibah di dalam Islam diterima dan diperakui oleh Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak Ulamak. Allah SWT sebut di dalam Al-Quran

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.”    (Surah Al-Baqarah: Ayat 177)

Berdasarkan ciri-ciri Hibah di atas, dalam amalan perbankan Islam, hak memberi Hibah/Rebat adalah 100% milik pemberi Hibah atau pihak Bank. Dengan kata lain, Bank tidak terikat dengan apa-apa kontrak dalam pemberian Hibah. Maka, harus bagi pihak Bank untuk memberi Hibah sama ada berdasarkan peratus keuntungan atau 100% daripada yuran perkhidmatan (keuntungan).

Wallahua’lam

.

ust zaizu

Ust Zaizul Irsyadi Zaman
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
BA(Hons) Syariah Universiti Al-Azhar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1265 access attempts in the last 7 days.