Soal JawabWanita & Kekeluargaan

Hukum Membuang bulu pada bahagian tangan dan kaki

Assalamualaikum ustaz,
Saya difahamkan selama ini, mencukur bulu kaki adalah dilarang. Tetapi bagaimana pula dengan hanya menipiskannya (trim)?

Jawapan:

Wa'alaikumussalam

HUKUM MEMBUANG BULU PADA BAHAGIAN TANGAN DAN KAKI
 
Tidak harus menghilangkan bulu-bulu yang tumbuh pada bahagian tangan dan kaki bagi golongan lelaki kerana ianya bertentangan dengan sifat kelakiannya. Adapun bagi wanita jika kewujudannya tidak sesuai, dibolehkan baginya menghilangkan sebagaimana bulu yang tumbuh pada bahagian dada dan belakangnya.Perkara demikian itu dibenar5kan bagi wanita untuk menghilangkannya, jika dia sudah berkahwin serta berniat untuk berhias pada suaminya (Dipetik dari buku pembedahan kosmetik menurut perspektif Islam , Ahmad Dahlan bin Salleh(2002), Darul Syakir Enterprise Bandar Baru Bangi , mikasurat 101.
 
Maka bagi lelaki , biarkanlah bulu kaki berkenaan tumbuh secara semulajadi tanpa mengubahnya kecuali ia tumbuh dan menampilkan sesuatu yang sangat luar biasa.
 
Wallahu a'alam
 
Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

6 thoughts on “Hukum Membuang bulu pada bahagian tangan dan kaki

  • adiey

    assalamualaikum
    macam mana kalau bulu kaki menyerupai lelaki..? sering di ejek rakan-rakan kerana mempunyai bulu kaki meyerupai lelaki..

  • salam ustaz, bagaimana pula kalau bulu yang tumbuh terlalu lebat sehingga bukan seperti seorang lelaki lagi dah.

  • bagaimana pula kalu bulu y tumbuh adalah keterlaluan sehingga mengaibkan?

  • wkmslm.
    tak perlulah dik oi.
    itu bukankah ciri eksklusif seorang lelaki yang perempuan tak ada.
    yakin sajalah dengan diri sendiri dan jangan buang apa yang sedia ada.

  • Abu Mus'ab

    salam ust.
    bagaimana dengan bulu dada lelaki?

Leave a Reply