Mengambil barang tinggalan

Assalamualaikum ustaz,

Dibangunan pangsapuri saya ada sebuah kereta lama ditinggalkan melebihi 6 tahun,dirosakkan bebudak pecah semua cermin , dah jadi seperti akuarium bila hujan,pemiliknya warga Indonesia dan telah pulang ke Indon tidak dapat dikesan.saya bercadang untuk ambil sedikit alatganti yg masih boleh dipakai.Bolehkah sy berbuat demikian..Syukran.

Jawapan:

 

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

Harus saudara mengambil barang ganti berkenaan dan selepas itu saudara mempunyai dua pilihan,  saudara boleh simpan sebagai harta amanah dan mengembalikan kepada tuannya sekiranya tuannya datang menuntut. ataupun pilihan yang kedua, saudara boleh memiliki barang tersebut dan membayar mengikut nilai barang tersebut sekiranya tuannya datang menuntut.

و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

والله أعلم

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

3 thoughts on “Mengambil barang tinggalan

  • February 14, 2011 at 12:53 am
    Permalink

    salam.
    pandangan yang bernas. Boleh ustaz sertakan sumber rujukan sebagai panduan bagi kami?
    Ayat quran, hadith, @ kitab?

  • February 14, 2011 at 4:47 pm
    Permalink

    salam, mksudnya adakah kita masih boleh memiliki harta tersebut dan tidak perlu membayar pada kadarnya selagi mana tuannya tidak datng tuntut?

  • March 8, 2011 at 8:44 am
    Permalink

    mengenai dalil dan sebagainya pembaca boleh merujuk semula arkib soalan mengenai luqatah yang pernah disiarkan dalam laman ini suatu masa dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 4049 access attempts in the last 7 days.