Adakah nazar makruh?

Assalamualaikum ustaz,adakah benar nazar itu hukumnya makruh? sebab ada segelintir ulama mengatakannya makruh. dan saya ada membaca hadith mengenainya cuma tidak pasti akan kesahihannya.

Jawapan:

الحمدلله رب العالمين الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله وعلي آله وأصحابه أجمعين ، أما بعد

 
Mengikut al-Mawardi nazar ialah: Iltizam (mewajibkan diri) untuk melakukan qurbah (sesuatu yang boleh menghampirkan diri dengan Allah) yang pada asalnya tidak wajib di sisi syarak.
 
Pensyariatan nazar ada disebut dalam al-Quran dan hadis sahih. Allah berfirman dalam al-Quran:
 
يُوفُونَ بِالنَّذْرِ
 
Maksudnya: (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya. (al-Insan: 7).
 
Manakala hadis pula nabi saw telah bersabda:
 
من نذر أن يطيع الله فليطعه ومن نذر أن يعصي الله فلا يعصيه (رواه البخاري وغيره
 
Maksudnya: Barangsiapa bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatiNya (Allah). Barangsiapa bernazar untuk melakukan maksiat kepada Allah, maka janganlah dia melakukan maksiat kepadaNya (Allah). (Riwayat Bukhori dan lain-lain).
 
Ulama berbeza pandangan mengenai hukum bernazar. Mengikut kitab al-Fiqh al-Muyassar menyatakan bahawa ulama berbeza pandangan kepada  dua pendapat. Ada yang berpandangan hukum bernazar adalah makruh dan ada yang berpandangan ia adalah 'qurbah'.
 
Guru saya, al-Marhum syeikh Abdul al-Mun'im al-Qie (Prof di universiti al-Azhar Kaherah) memilih pandangan yang menyatakan bahawa bernazar adalah makruh. Ini ialah kerana kita mewajibkan diri kita kepada suatu perkara yang tidak diwajibkan oleh Allah swt. Allah tidak mewajibkan perkara tersebut lalu kita mewajibkannya ke atas diri kita melalui nazar yang telah kita buat. 
 
Sebagai contoh, hukum puasa hari Isnin atau Khamis selain daripada bulan Ramadhan secara umumnya adalah sunat. Allah swt tidak mewajibkan kita melakukannya. Akan tetapi kita mewajibkannya keatas diri kita melalui nazar seperti kita bernazar jika dapat bonus tiga bulan maka aku akan berpuasa tujuh hari samada hari Isnin atau khamis.
 
Perbuatan bernazar itu adalah makruh tetapi melaksanakan tuntutan nazar adalah wajib. Rasulullah saw ada menyatakan bahawa nazar itu lahir dari seorang yang bakhil (riwayat Bukhori dan muslim)
 
Sekian  والله أعلم
 
Rujukan:
1) Syed Sabiq, Fiqh Sunnah.
2) Ahmad Isa A'syur, al-Fiqh al-Muyassar.
3) Muhadharat Prof Dr. Abdul al-Mun'im al-Qie'.
 
Disedikan oleh:
Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

5 thoughts on “Adakah nazar makruh?

  • June 8, 2010 at 1:38 pm
    Permalink

    Assalamualaikum ustaz,
    Bolehkah saya membayar nazar saya iaitu sedekah rumah anak yatim secara online (memasukkan wang ke dalam akaun bank) tanpa memberitahu rumah anak yatim tersebut..

  • June 8, 2010 at 1:39 pm
    Permalink

    apakah hukum bagi orang perempuan mengikut jenazah ke tempat perkuburan..

  • June 9, 2010 at 8:22 pm
    Permalink

    Boleh bayar nazar secara online tanpa memberitahu rumah anak yatim dengan syarat kena ada 'niat" melakukan perkara tersebut.
     
    sekian والله أعلم
    s/u MUIS

  • June 9, 2010 at 8:26 pm
    Permalink

    Jika tidak menimbulkan perkara-perkara yg diharamkan seperti perbuatan meratap, pandangan paling sahih bagi wanita yg mengikut jenazah adalah makruh. (rujukan:  روضة الطالبين وعمدة المفتين  oleh Imam Nawawi)
     
    sekian والله أعلم
    s/u muis
     

  • October 16, 2010 at 12:35 pm
    Permalink

    assalamualaikum… sy pernah nazar dalam hati, jika ada orang pertama yg msuk merisik atau meminang sy, maka sy akan trima pinangan itu dengan persetujuan family sy…lepas tu, 2 @ 3 hari kemudian sy ubah niat nazar tu dengan menggantikannya dengan berpuasa 1 hari jika ada rombongan merisik…so boleh tak sy ubah nazar tu sbb kemungkinan sy takut tak berkenan dgn org yg bkal suami sy tu dr segi rupa atau sikap dia? boleh ke nazar yg kedua tu sy boleh gunakan skg?harap balas… trima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 1265 access attempts in the last 7 days.